Berhati hati sempena raya
So many things to catch up on..
Rasa macam baru semalam je aku dok merengek rengek kat mak sebab tak tahan kelaparan masa hari pertama Ramadhan. Tup tup, hari ni dah masuk hari ke-24 Ramadhan. Kejap betul masa berlalu kan?
Kerana cepatnya masa berlalu, banyak jugak benda yang aku missed. Now, tengah slowly terhegeh hegeh nak catch up balik semua benda. Rumah pun tak habis kemas lagi. Oh, penatnya. Tapi, aku enjoy. Lama tak bergotong royong secara jemaah camni.
Cuma, sayangnya, contest yang julung-julung kali di blog adik Chika pun aku tak sempat nak submit. Tak perasan dah sampai tarikh tutup. Lepas operation hari tu, kelam kabut aku nak kena uruskan itu dan ini. Mujurlah 2nd operation kena hold dulu sampai lepas raya. InsyaAllah, harapnya takdelah apa-apa yang buruk berlaku kat aku sepanjang tempoh sekarang ni. Nah, padan muka aku. Sape suruh lengah-lengahkan buat submission. Gigit jari je lah jawabnya. Dush! dush! dush!
Hari ni hari terakhir persekolahan. Cuti sekolah dah start.Yeay.. yeay.. seronok! Uceh, macam aku plak yang sekolah. Hehehe. Tapi, happy betul aku tengok adik adik yang bersekolah. Rindunya zaman sekolah dedulu. Zaman kumpul duit raya. Sekarang ni, jangan berangan la kalau aku nak kumpul duit raya lagi dah. Zaman aku sekarang ni, dah level zaman memberi duit raya plak. Ka-ching.. Ka-ching!
Mungkin ada juga ibubapa yang dah ambil cuti awal untuk pulang ke kampung. Wuiii.. syoknya raya. Balik kampung. Berkumpul reramai. Best kan?
Oh ya, di kesempatan ini (uceh), pada kalian yang akan pulang beraya ke kampung, tak kira jauh atau dekat, naik bas atau lori, kereta atau keretapi, berhati-hatilah walau di mana anda berada. Semoga perjalanan kalian selamat pergi dan selamat kembali.
Berhati-hatilah di jalanraya. Nyawa tidak boleh dijual beli walaupun di Bazaar Ramadhan mahupun di Giant atau Tesco.
September 3, 2010
·
cepotet ·
2 Comments
Posted in: My Drawing, Personal
My Dream Vacation
What is your dream vacation?
As for me, I would like to spend my dream vacation in Paris or Rome. Fuh, bestnya berangan!
I can’t remember the last time I took a real vacation. Last trip ke luar negara ialah ke Krabi, Thailand kot. Eh, betul lah tu. Masa vacation ke Krabi tu, tengah kecoh pasal H1N1. Tak pepasal kitaorang reramai kena kuarantin takleh gi opis. Kelakar betul masa tu. Kecoh!
Oih, orang sebuk nak raya aku boleh sebuk berangan nak bercuti plak. Hiks!
Okay, back to reality. Ayuh, kerja!
September 3, 2010
·
cepotet ·
4 Comments
Posted in: My Drawing, Personal
Buatmu MALAYSIA
Selamat Hari Merdeka
MALAYSIA
August 31, 2010
·
cepotet ·
4 Comments
Posted in: Personal
L.O.V.E
August 29, 2010
·
cepotet ·
6 Comments
Posted in: My Drawing
A Rocket To The Moon
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Lebaran Ini by Raihan, Nowseeheart, Rem and Ajai
Good Day everyone!
Alhamdulillah. My 1st minor surgery done yesterday morning. Ingat pada entry ini? Yes, saya terpaksa operate awal kerana ianya sangat menyakitkan.
The doctor said, most probably, I will only be staying in the hospital for 3 days. Harapnya betul lah. Dah hampir kebosanan aku kat atas katil ni. Mujurlah ada Along yang sudi meminjamkan laptop beliau dan pihak hospital yang menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma. Eh, tapi aku ada berukben sendiri jugak. Hehehe.
Oh ya, next week, aku perlu lalui satu lagi rawatan susulan. Dan, begitulah seterusnya dan seterus-terusnya. Itu nanti aku akan ceritakan dalam entry yang lain okay. Malu lah nak cerita secara terbuka kat sini. Ehems.
Oh ya, Ramadhan tahun ini, memang banyak sikit dugaannya. Salah seorang sahabat aku, Farah Dieba pun admitted di SJMC malam semalam. Dan lebih menyedihkan, sehari sebelum aku di-operate, aku baru lepas melawat kawan baik adikku yang telah dimasukkan ke Mental Hospital. Masa kitaorang pergi melawat aritu, menangis sekejap kitaorang melihat keadaan beliau.
Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan ujian-ujianMu. Sekiranya sakit ini adalah azabMu kerana dosa-dosa yang aku lakukan, ampunkanlah semua dosaku.Sekiranya sakit ini adalah ujianMu kerana mahu menguji kesabaranku, berikanlah kesabaran kepadaku. Aku yakin engkau tidak memberikan ujian yang melampaui batas kesanggupan hambaMu. Amin.
Untuk bebeh-bebeh, my ex-DiGizen frens, PPLU team dan rakan blogger, terima kasih untuk kata-kata semangat dan doa dari kalian semua sama ada melalui YM, SMS mahupun melalui panggilan telefon.
I’ll be back soon. Don’t you worry.
And I’ll have lots to share. I promise. Insya Allah.
August 26, 2010
·
cepotet ·
8 Comments
Posted in: Personal
Resipi Cream Caramel
Korang nak belajar buat Cream Caramel tak? Suka tak makan dessert waktu berbuka?
Pernah tak beli dessert atau kuih muih kat luar lepas tu rasanya hampeh? Okay, meh aku share resipi Cream Caramel yang aku belajar. Ah, poyo je rasa. Haha.
Gambar hiasan dari fail peribadi sendiri
BAHAN-BAHAN A (CARAMEL)
- 1/2 cwn gula
- 1/4 cwn air
BAHAN-BAHAN B (PUDING)
- 4 biji telur
- 1 1/2 cwn susu segar
- 1/2 cwn gula
- 1 1/2 penutup esen vanila
CARA PEMBUATAN
Buat caramel dulu. Satukan bahan A di dalam periuk, masak dengan api perlahan. Biar gula hancur dan menjadi keemasan tapi ingat, bukan macam rantai emas atau apa-apa jenis gold yang sewaktu dengannya okay.
Gula mesilah sentiasa dikacau takut nanti hangus. Tak elok membazir. Lagipun kalau beli gula kat Tesco atau Giant, gula limited 2kgs per customer je kan. Hahaha.
Dalam proses mengacau tu, gula slowly akan bertukar warna dari putih dulu cam salut kuih keria tu tau. Don’t panic. Lepas tu baru dia jadi kuning kekuningan ala ala gold. Jangan lama sangat sbb nanti gula tu jadi pahit. Peria pahit pun tak ramai orang suka nak makan, apatah lagi gula yang dipahitkan. So, dari mengelakkan kekecewaan takde orang nak makan caramel anda, berhati-hatilah ketika memasak. Ahaks!
Bila dah bertukar warna, masukkan gula ke dlm loyang atau bekas yang nak diletakkan puding nanti. Biarkan sehingga sejuk dan automatik gula itu akan mengeras. Don’t worry. Biarkan saja ianya mengeras. Biarkan.. biarkan berlaku. Heh!
Next step, kita teruskan dengan Bahan-bahan B. Masukkan gula, susu cair dan esen vanilla tadi ke dalam periuk yang lain. Panaskan di atas api sehingga gula sebati dengan susu tersebut tapi jangan biarkan sehingga mendidih. Kemudian, tutuplah api dapur anda.
Dalam satu bekas lain, pecahkan kesemua 4 biji telur tadi dan wristkan dengan garfu secara perlahan sehingga telur putih dan telur kuningnya sebati. Pastikan takde buih-buih yea. Tak payah buat laju-laju sampai over kembang telur tu. Kita bukan nak buat kek. Hehehe.
Seterusnya, tapiskan adunan telur tadi ke dalam periuk yang berisi susu, gula dan esen vanilla tersebut. Kacau sehingga sebati secara perlahan. Dan, masukkan kesemua bahan B ke dalam loyang yang berisi caramel tadi.
Setelah itu, bolehlah kukus selama 15-20 minit. Pada yang takde pengukus, bolehlah kukus dengan menggunakan periuk nasi. Kalau takde jugak periuk nasi, belilah di kedai Seng Heng berhampiran. Huehuehue.
notaringkas: Cubaan pertama aku memasak Cream Caramel adalah pada tahun 2009 masa di rumah Damansara. 1st trial, failed. Tapi tetap kakakku, Along sudi menghabiskan Cream Caramel ku itu. 2nd trial, gagal dan memang tak menarik langsung. 3rd trial, kurang umpph. Akhirnya, kali ke-empat, barulah boleh senyum lebar.
Jadi, pesanan aku, janganlah kecewa kalau cubaan kalian kali ke-berapa pun gagal. Keep trying dan pasti selepas itu kalian mampu tersenyum bangga walaupun hanya untuk santapan diri sendiri.
Cream Caramel ini juga amat sesuai untuk mereka-mereka yang masih solo seperti aku yang berhasrat nak impress-kan hati bakal mak mertua. Hahaha.
Selamat mencuba!
August 24, 2010
·
cepotet ·
No Comments
Posted in: Cooking
Protected: Please Ask For Password – Ladies Only ;)
August 23, 2010
·
cepotet ·
Enter your password to view comments
Posted in: Personal, Private
Penghinaan agama? Shame on You!
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Pada Mu ku Bersujud by Afghan
ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
pada MU
Sementara nak melelapkan mata semalam, aku ber-hip-hop di blog kengkawan. Tertarik dengan entry di blog Shada dan terus terpanggil nak kongsikan dengan kalian.
Aku tahu, aku bukanlah sesiapa. Bukan seorang alim ulama. Warak jauh sekali. Tak layak pun nak menegur sesiapa. Tapi, aku sangat terkejut bila baca komen-komen yang tertera dalam facebook di atas.
Sedih sangat bila membacanya. Kalau kaum lain menghina Islam pun kita dah melenting, mengamuk tak tentu pasal apatah lagi kaum kita sendiri. Sedih sesangat!
Kalau tak silap aku, facebook si empunya durjana ni dah pun di-delete akaunnya. Aku cuba jugak mintak bantuan pakcik Google untuk link blogspot yang tertera dalam profile beliau. Pun sama jugak. Dah ditutup. Haih, malas nak hina manusia-manusia sebegini. Takutkah? Shame on you, beb. Shame on you!
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku dan dosa keluargaku serta dosadosa para muslimin dan muslimat.
Ya Allah, ditempat ini aku bertaubat kepadaMu dari dosa kecil dan dosa besar, dari kesalahan yang tampak dan yang tersembunyi, dari tergelinciran yang lama dan yang baru, dengan tobatnya orang yang tidak menghendaki lagi melakukan Ya Allah, Maha besar kuasaMu, Maha Tinggi kedudukanMu, selalu tersembunyi rencanaMu. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan do’a. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
Ya Allah, moga Kau berikan petunjuk pada mereka. Amin
August 21, 2010
·
cepotet ·
No Comments
Posted in: World
Sedalamnya lautan..
..begitulah dalamnya cintaku padamu. Aiceh!
August 20, 2010
·
cepotet ·
No Comments
Posted in: My Drawing
Cerita Dapur
Cakkk~!
Kali ni, kita stop sekejap cerita melukis, men-drawing segala. Otak aku pun dah penat sebenarnya siapkan design kad raya. Hopefully, apa yang aku designkan tu mencapai matlamat dan target seperti yang diinginkan. Amin.
Kali ni, aku nak cerita pasal kuih muih dan masakan. Wah, ala ala ketuk ketuk Ramadhan je dah aku ni kan. Hahaha.
Genap sebulan Ramadhan, aku dah boleh tukar profesion agaknya. Dah boleh jadi penjual kuih yang cun muda. Korang perasan tak, gerai kuih selalunya mesti makcik makcik je yang menjual kan? Makanya, aku nak jadi pemecah tradisi sebagai anak muda yang menjual kuih. Perasan muda lah sangat. Hahahaha.
Okay, ini adalah antara kuih muih yang aku dah belajar buat dengan mak. Ada jugak buat karipap sardin aritu tapi masa tu aku mengalami sindrom kemalasan pegang kamera. Jadi, nan hado lah gambarnya.
Antara kuih yang senang nak dibuat. Yang penting rajin la u oll. Kalau malas, senang camne pun jadik susah. Wah, gitu.
Onde-onde @ Buah Melaka
This is my feveret kuih ever. Sama macam kuih Sagu jugak. Senang dibuat, senang jugak di telan ke dalam mulut. Hehehe. Aku sebenarnya takde la rajin sangat pun. Tapi, aku ni jenis sedar diri. Kalau dah tekak teringin nak makan, ko ingat ko anak raja boleh main order sesuka hati? Dah la juadah lauk pauk semua mak aku masak. Apa salahnya aku bantu mana yang patut ye tak?
Nak tau nape aku suka kuih ni? Sebab, dia comel. Pehtu, warna hijaunya sweet sangat. Nak pulak bila ko letak dalam mulut, gigit dia, ala ala kenyal sikit tepung tu pehtu dalam tu ade gula melaka. Perrghhh.. sib baik aku type ni waktu malam. Kalau tengah siang-siang buta. Mau menggigil jari aku tahan nafsu. Ahaks!
Tapi, memang kacang goreng je lah buat kuih ni. Tak caya? Try la buat sekali. Huhuhu.
Donut
Kuih ni cam remeh sikit nak buat. Mak aku je yang rajin buat donut. Sebab beliau suka makan donut. Err.. tapi mak aku semua pun suka. Janji sedap dan penuh kasih sayang. Katanya..
Kuih Cara
Kuih ni, aku tak berapa gemar sangat. Aku lagi prefer Kuih Cara Berlauk. Tapi, well, macam biasa. Mak aku suka. Makanya, lahirlah Kuih Cara pada Ramadhan ke-4 yang lepas. Hehehe.
Korang nampak kan yang ala ala hangit sikit tu kan? Haaa.. itu memang disengajakan sebab ahli ahli rumahtangga aku memang suka makan yang ade hangit-hangit sikit. Sedap!
Cream Caramel
Cara pembuatannya agak remeh tapi bahan-bahan yang nak digunakan sangat senang. Dah lama sebenarnya mak aku request mintak aku buatkan beliau Cream Caramel ni tapi sebab aku mengalami sindrom kemalasan, so asyik lah bertangguh je. Aku ni bukan apa korang. Kalau orang suruh, aku memang liat sikit nak buat. Cuba ko tak suruh, kemain rajin lagi aku tergedik gedik nak buat. Tengok, ni lah hasilnya. Sedap oh..
Bihun Goreng
Ini bukan kuih. Saje nak tunjuk sikit bihun goreng aku masak. Tak sangka u oll. Baru 1st time okay aku masak bihun goreng. Sebelum ni mana pernah. Aku masak ni pun sebab mak dah keluarkan arahan berbunyi;
Hari ni Angah goreng bihun. Mak nak rehat.
Haaa.. ko tengok. Boleh lagi ko nak melawan cakap mak kau kalau dah beliau kuarkan arahan begitu? Dah bertahun mak aku masak untuk kami adik beradik. Takkanlah sekali pun aku takleh tolong masakkan ye tak? Kira tunjuk skill lah ni kononnya. Uceh!
Err.. tetiba rasa diri aku ni sangat hina. Orang lain sebuk kejar buat amal ibadah sempena Ramadhan, aku plak sibuk dok bercerita pasal juadah kuih muih plak di bulan Ramadhan. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Amin.
Oh ya, btw, berat badan aku dah turun 2 kgs. Syukur.. syukur.. ihiks!
August 20, 2010
·
cepotet ·
10 Comments
Posted in: Cooking
![BalikKampung3 [640x480]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/09/BalikKampung3-640x480.bmp)
![DreamOf [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/09/DreamOf-320x200.bmp)
![Malaysia [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/Malaysia-320x200.jpg)
![couple2 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/couple2-320x200.bmp)
![1 [320x200] (2)](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/1-320x200-2.jpg)

![Diving [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/Diving-320x200.jpg)
![Family 1093 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/Family-1093-320x200.jpg)
![My Drawing 1089 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/My-Drawing-1089-320x200.jpg)
![My Drawing 1103 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/My-Drawing-1103-320x200.jpg)
![1 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/1-320x2001.jpg)
![My Drawing 1248 [320x200]](http://cepotet.com/wp-content/uploads/2010/08/My-Drawing-1248-320x200.jpg)
