Berhati hati sempena raya

September 3rd, 2010 | by cepotet |

So many things to catch up on..

Rasa macam baru semalam je aku dok merengek rengek kat mak sebab tak tahan kelaparan masa hari pertama Ramadhan. Tup tup, hari ni dah masuk hari ke-24 Ramadhan. Kejap betul masa berlalu kan?

Kerana cepatnya masa berlalu, banyak jugak benda yang aku missed. Now, tengah slowly terhegeh hegeh nak catch up balik semua benda. Rumah pun tak habis kemas lagi. Oh, penatnya. Tapi, aku enjoy. Lama tak bergotong royong secara jemaah camni.

Cuma, sayangnya, contest yang julung-julung kali di blog adik Chika pun aku tak sempat nak submit. Tak perasan dah sampai tarikh tutup. Lepas operation hari tu, kelam kabut aku nak kena uruskan itu dan ini. Mujurlah 2nd operation kena hold dulu sampai lepas raya. InsyaAllah, harapnya takdelah apa-apa yang buruk berlaku kat aku sepanjang tempoh sekarang ni. Nah, padan muka aku. Sape suruh lengah-lengahkan buat submission. Gigit jari je lah jawabnya. Dush! dush! dush!

Hari ni hari terakhir persekolahan. Cuti sekolah dah start.Yeay.. yeay.. seronok! Uceh, macam aku plak yang sekolah. Hehehe. Tapi, happy betul aku tengok adik adik yang bersekolah. Rindunya zaman sekolah dedulu. Zaman kumpul duit raya. Sekarang ni, jangan berangan la kalau aku nak kumpul duit raya lagi dah. Zaman aku sekarang ni, dah level zaman memberi duit raya plak. Ka-ching.. Ka-ching!

Mungkin ada juga ibubapa yang dah ambil cuti awal untuk pulang ke kampung. Wuiii.. syoknya raya. Balik kampung. Berkumpul reramai. Best kan?

Oh ya, di kesempatan ini (uceh), pada kalian yang akan pulang beraya ke kampung, tak kira jauh atau dekat, naik bas atau lori, kereta atau keretapi, berhati-hatilah walau di mana anda berada. Semoga perjalanan kalian selamat pergi dan selamat kembali.

Berhati-hatilah di jalanraya. Nyawa tidak boleh dijual beli walaupun di Bazaar Ramadhan mahupun di Giant atau Tesco.

3 Responses to “Berhati hati sempena raya”

  1. By m00m00k0w on Sep 4, 2010

    Selamat Hari Raya to All, drive carefully, eat carefully, enjoy & celebrate to the maxx as One Malaysia :) God Bless All on this coming Hari Raya…prosperity & health always to all :)

    [Reply]

  2. By kak retna on Sep 4, 2010

    samat hari raya…. moga awak sentiasa sihat-sihat ajer k … ;-)
    kak retna recently posted..Catatan Ramadhan- Hari ke-25My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. By nYUn on Sep 4, 2010

    Huhuhu.. raya tahun ini saya akan bankrup.. sbb saya balek kampung.. adeehh :P
    nYUn recently posted..Back to Basic AGAIN!!My ComLuv Profile

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled